100 Tips Ajak SUAMI BANTU ISTERI Buat Kerja Rumah (Part 1)

Sharing is caring!

Persoalan “bolehkan suami saya buat kerja-kerja rumah?” mungkin sering bermain di fikiran golongan wanita bergelar MAMA. Jangan risau!!! Pasti PAPA boleh!

Ada segelintir suami agak susah untuk membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah termasuk menguruskan anak-anak. Sepatutnya dalam perkahwinan suami isteri haruslah saling tolong menolong dan juga saling menghargai. Kalau ada segelintir suami yang berfikiran bahawa kerja-kerja rumah dan menguruskan anak-anak adalah tugas wanita, maka rumah tangga itu bakal mengundang konflik.

Saya berikan 100 Tips untuk memujuk suami untuk menguruskan rumahtangga bersama-sama.

1.  TUNJUK AJAR. 
Isteri kene tunjuk ajar suami bagaimana untuk melakukan kerja rumah.njl Mungkin cara untuk melipat baju, menukar lampin bayi dan memasak makanan kegemaran anda.


2. KATAKATA MANIS.
Sentiasa memuji kecemerlangan suami membantu anda melakukan kerja rumah.

3. Pakar psikologi mengatakan bahawa PELUKAN akan memberikan ketenangan jiwa kepada pasangan. Buat kejutan dengan memeluknya semasa dia asyik melakukan kerja rumah. Pasti suami sentiasa rajin membantu anda.

4. NASIHAT. 
Pastinya sukar untuk menyuruh suami membantu.  Beritahu kepadanya anda perlukan bantuannya untuk menguruskan rumah tanga tambahan pula anda juga seorang ibu yang bekerja.

5. MERAJUKMANJA‘. 
Tidak salah jika sekali sekala anda merajuk dengan sikapnya yang tidak mahu membantu. Dengan perubahan sikap anda, dia mungkin akan berubah dan mengakui kelemahannya itu.

6. PUJUK DENGAN BIJAKSANA. 
Lakukan dengan pujukan untuk meminta bantuannya. Dengan cara ini, dia akan turut sama membantu mengemas rumah.

7. ELAKKAN penggunaan AYAT PERINTAH atau arahan. Oleh kerana suami adalah ketua keluarga pastinya tercabar jika si isteri memberi arahan seperti “Abang, jemur pakaian ini!” , sebaliknya katalah “Abang, boleh tolong jemur pakaian ini?”

8. PANGGILAN MANJA dengan panggilan ‘abang’ dan sebagainya yang menambah kemesraan dan kasih sayang. Pastinya hati encik suami berbunga-bunga dan sedia membantu anda.

9. RAIKAN. 
Hakikatnya manusia memang suka dirinya dihargai. Tidak salah jika anda membelikan hadiah istimewa atau belanja makan sempena meraikan kejayaannya membantu anda menjaga anak-anak semasa anda ‘outstation’ atas urusan kerja.

10. MINAT BERSAMA. 
Jika anda menghargainya, cuba untuk meminati hobi suami anda. Jika dia suka menonton perlawanan bola sepak, anda juga perlu menunjukkan minat. Begitu juga halnya dengan suami yang terpaksa belajar menguruskan rumah demi isteri tersayang.

To be continued in Part 2..
Nantikan siaran langsung selepas ini..

Tunggu…..
untuk siaran selepas ini untuk kesejahteraan keluarga kita juga..

Credit untuk Majalah Pa&Ma

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge