Senarai Makanan yang BOLEH / TIDAK BOLEH diambil Semasa BERPANTANG

Sharing is caring!

Alhamdulillah akak-akak dah selamat melahirkan anak. Sekarang masa untuk berpantang pula. Ada yang berpantang 40 hari, 44 hari ada juga 100 hari. Berapa harikah yang kita perlu berpantang sebenarnya? Terdapat banyak sebenarnya pantang larang untuk ibu selepas bersalin.

Sebagai contoh, sekiranya kita dah selamat berpantang selama 40 hari, jangan pula kita minum ais pada hari ke 41. Kenapa?? Sebab nanti kita akan sakit urat yang boleh membawa kepada demam urat. Kepada yang full breastfeeding, ais tidak digalakkan ambil kerana boleh menyebabkan susu berkurangan. Ibu-ibu yang pasang niat untuk menyusu badan selama 2 tahun haruslah tahan diri daripada minum minuman berais yer.

Selain itu pantang larang orang tua untuk tidak mengambil buah atau sayuran yang sejuk. Ia juga boleh sebabkan kita sakit urat. Tapi Ada segelintir mommies yang kata ” Saya OK jer bila makan tu”. Alhamdulillah kalau OK tapi kesannya bukan dalam masa terdekat. Tapi bila kita dah berumur. Badan start sakit, lenguh – lenguh dan kita mungkin akan nampak sedikit berumur daripada suami kita. Siapa tak sayang suami kan? Sebab tu lah kita kena jaga makan minum kita untuk masa depan badan kita jugak dan juga untuk hubungan suami isteri.

Siapa yang tak suka minum air kelapa? Mostly semua suka minum air kelapa. Tapi ikut pantang larang orang tua air kelapa seeloknya JANGAN diminum selama 2 tahun atau pun sehingga kita mengandung lagi. Air kelapa sangat bisa yang boleh sebabkan kita sakit urat.

Di sini, saya senaraikan makan yang BOLEH diambil dan TIDAK BOLEH diambil semasa berpantang. Selamat berpantang mommies!!!

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge