Kenapa Berat Badan Anda Masih Naik Walaupun Pengambilan Makanan Sudah Dikurangkan?

Sharing is caring!

‘Saya dah kurangkan makan, tapi kenapa berat badan saya masih naik?’. Anda ada masalah seperti itu tak? Dulu makan nasik 4 kali sehari, sekarang 2 kali sehari, tapi berat uolls masih naik. Kenapa agak2 nya yer?
Antara sebab berat badan still naik even dah kurang makan nasik adalah kerana TIDUR LEWAT. Yup, betul..sebabnya adalah Tidur Lewat. Macam mana tidur lewat boleh buat berat badan naik pulak kan? Meh saya cerita. Bila kita tidur lewat, hormon kita berubah yang menyebabkan kita rasa lapar jer sentiasa. Bila dah lapar mesti kita akan makan kan. Betul tak?
Yang kedua, adalah sebab STRESS. Stress atau tekanan boleh sebabkan berat badan kita naik. Sebab apa? Sebab bila stress, “cortisol” atau hormon stress boleh sebabkan selera makan kita menjadi-jadi. Sebab tu, bila stress ramai yang pergi cari makanan kan? Betul tak?
Yang ketiga, UBAT yang diambil oleh pesakit diabetis, tekanan darah tinggi, dan juga pesakiy migrain boleh sebabkan berat badan naik.
Yang keempat, berat badan boleh bertambah disebabkan oleh sakit HYPOTHYRODISM. Kurang hormon tiroid boleh sebabkan metabolisme badan menjadi kurang dan boleh menyebabkan berat badan semakin naik.
MENOPAUS boleh sebabkan berat badan naik. Sebabnya, bila dah menopaus, metabolisme badan semakin berkurang. Bila metabolisme badan dah kurang, tambah pulak kurang bersenam , sebab itulah berat badan makin bertambah. Wanita yang dekat dengan menopaus disarankan buat exercise setiap hari. Barulah badan jadi fit. Boleh kalah anak dara tau..Heheh..
Wanita dengan masalah PCOS juga boleh menyebabkan berat badan naik. Ini kerana, sista atau cyst yang kecil2 tumbuh di dalam ovari dan boleh mengganggu haid dan boleh menyebabkan pertumbuhan bulu di badan dan jerawat yang berlebihan. Wanita dengan masalah PCOS kebal terhadap insulin(hormon untuk mengawal gula dalam darah) yang menyebabkan berat badan semakin naik.
BERHENTI MEROKOK. Haaa…berhenti merokok boleh sebabkan badan naik tau. Tapi itu bukan alasan untuk tidak berhenti merokok. Berhenti merokok boleh bagi badan lagi sihat. Purata orang yang berhenti merokok naik berat badan sebanyak 10 pound atau lebih kurang 4.5kg sahaja. Sikit jer tu. Bukan naik 45kg. Jangan risau ye.
Itulah antara punca berat badan naik walaupun pengambilan makanan dah berkurang. Kalau anda ada salah satu daripadanya, jangan pulak salahkan supplement atau vitamin yer.
Macam saya, kalau selalu stay up sampai jam 3 pagi, perut mesti lapar. Dan saya wajib makan. Bila perut lapar, memang tak boleh nak tidur. Tapi bila makan, aduhaiii…terpaksa tanggung sendiri la berat badan yang naik tu yer..

Tapi, kalau anda masalah anda tidak tersenarai seperti di atas, itu makna uollss perlukan disiplin untuk kurangkan berat badan. Even consume Set Slimming Shaklee pun, uollss wajib exercise yer. Makan pun kena kurangkan. Dan wajib breakfast. 


Kalo nak try Set Kurus Selim Melim Shaklee boleh hubungi saya yer

Hanim Ismail
ID 921943
0179752684
FB : Hanim Ismail
Email : hanim_ismail@yahoo.com.my
COD Area : Shah Alam, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Johan Setia, Alam Budiman U10, UiTM Puncak Perdana

Posted via Blogaway

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge