Baru LEPAS BERSALIN, tapi SUSU BADAN TIADA? Oh ! Di Mana SILAPNYA IBU? (ps: tiada supplemen dipromosikan)

Sharing is caring!

Bayi anda baru selamat dilahirkan. Kurang dari 2 -3 jam, ibu-ibu mula stress bayi mulus tulus suci murni mula menangis tak henti- henti. Si ibu mula merasakan susu badan tiada. Pernah tak ibu-ibu alami keadaan seperti itu?
 
Saya percaya MESTI RAMAI yang laluinya kan. Tambahan pula, ibu baru sahaja lepas bersalin sama ada secara NORMAL ATAU CZER. Ibu masih berasa letih, kurang tenaga, dan agak stress bila bayi comel anda mula menangis tak berhenti. 
Nurse pula dah suruh suakan bayi comel kita dengan susu badan supaya bayi menyusu.
Kadang2 rasa nak marah nurse kan? Macam la susu badan kita dah banyak melimpah ruah. Betul tak?
Kalau YA jawapan ibu, maka IBU telah TERSALAH KONSEP PENYUSUAN.
YUP, IBU SALAH.
Kenapa salah? Salah sebab, ibu kadang2 menunggu susu badan keluar dengan sendirinya dahuli baru nak disuakan pada anak. Oppsss… Ini salah. Sepatutnya, berikan sahaja anak menyusu badan, makin dihisapnya, semakin banyak susu akan keluar.
Eh, ye ke? Betul ke ni mommies?
Ok macam ni la kita pikir yer.
Contoh : Musim orang minat cerita FROZEN.
Semakin banyak barangan tema Frozen dikeluarkan oleh kilang, semakin banyak permintaan oleh pelanggan.
Betul tak?
Maknanya, kalau anak tak menyusu badan, susu badan TIDAK AKAN DIRANGSANG untuk dikeluarkan.
Bila jadi macam ni, otomatik susu badan akan berkurangan dan bayi comel anda tidak akan dapat menikmati SUSU IBU YANG TERBAIK DI DUNIA seawal sehari selepas bersalin.
Mommies semua BOLEH MENYUSU BADAN, tiada istilah susu tak cukup, cuma ILMU sahaja yang kurang untuk PENYUSUAN BADAN.
Walau semahal mana pun susu formula yang ibu berikan untuk zuriat anda, ia tidak dapat menandingi SUSU IBU yang hanya satu- satunya DI DUNIA ini yang mempunyai ANTIBODI.
Tiada iklan susu formula yang mengatakan terdapatnya ANTIBODI dalam susu formula. Antibodi inilah yang menentukan kesihatan anak anda. Sering demam,batuk, selsema menunjukkan bahawa Anak kita kekurangan ANTIBODI. 
Kat klinik/ hospital selalu bagitau:
“Anak berusia bawah 6 BULAN dilarang memberikan air masak”. Tapi, ibu² bancuh susu formula guna air masak kan?
Yang penting NIAT kita semasa mengandung lagi. Mahu berikan yang terbaik dan menyusu badan selama 2 tahun.
Allah akan menolong kita.
Ada yang dah fikir siap2 nanti dah bersalin nak bagi anak minum susu formula la. Leceh nanti kalo dah start kerja. Emmm.. No komen mommies.
Tepuk dada tanya hati.
” Adakah itu yang terbaik untuk anak anda?”
Itu hanyalah sebahagian ALASAN kita.
#peacenowar
#supportBFmom

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge