Cara Untuk Mengekalkan Penghasilan Susu Bila Mommy Mula Bekerja

Sharing is caring!

Alhamdulillah. Dah selamat bersalin. Niat di hati seorang ibu hanyalah menginginkan yang Terbaik untuk zuriatnya. Dan yang paling penting adalah untuk memberi SUSU BADAN yang tak ternilai kepada baby.



Akan tetapi, bila seorang mommy itu adalah seorang mommy yang berkerjaya, PERSOALAN yang mungkin timbul adalah “MAMPUKAH AKU UNTUK MENYUSU BADAN SELAMA 2 TAHUN, DENGAN KESIBUKAN AKU DI TEMPAT KERJA?”

Betul tak? Inilah yang sentiasa menjadi BATU PENGHALANG bagi seorang mommy berkerjaya untuk menjayakan penyusuan eksklusif selama 2 tahun.

Setelah cuti bersalin habis sama ada 2 bulan ataupun 3 bulan, mommy kenalah bersedia untuk merangsang penghasilan susu badan.

11 TIPS BERKESAN UNTUK MERANGSANG PENGHASILAN SUSU IBU

1. Pastikan mommy sudah mengumpul sekurang-kurangnya 50 oz susu perahan sebelum mula bekerja

2. Susukan bayi sehingga kenyang sebelum menghantarnya ke rumah pengasuh.

3. Tinggalkan 15 oz susu perahan untuk bekalan 10 jam pada hari pertama bekerja. (Jumlah ini mungkin berbeza mengikut umur bayi)

4. Hubungi pengasuh pada hari-hari pertama anda bekerja bagi menganggarkan sama ada susu perahan yang ditinggalkan cukup atau tidak. Pulang lebih awal jika perlu.

5. Susukan bayi sebaik sahaja mengambilnya dari rumah pengasuh. Tinggalkan pesanan kepada pengasuh agar tidak memberikan susu perahan 30 minit sebelum anda sampai.

6. Bawa gambar bayi bersama ke tempat kerja supaya anda boleh melihat gambar bayi sambil mengepam untuk merangsang penghasilan susu.

7. Pam 3 jam sekali (20 minit setiap sesi) bagi mengekalkan produksi semasa di tempat kerja. Panduan : Pastikan 3 sesi mengepam anda menghasilkan susu sama banyak (atau lebih) daripada jumlah yang susu perahan yang ditinggalkan kepada bayi. Sekiranya jumlahnya lebih sedikit,bawa pulang pam anda untuk mengepam di rumah. 

8. Amalkan gaya pemakanan yang sihat.

9. Minum 8 gelas air sehari.

10. Ambil makanan yang dipercayai dapat menambah susu seperti halba, lobak putih dan amalkan petua lain yang boleh membantu tingkatkan penghasilan susu.
                              
11. Sentiasa bertenang dan yakin bahawa anda adalah sumber nutrien yang terbaik untuk bayi.




Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge