SAWAN TARIK ketika Anak Demam… Apa Yang IbuBapa Perlu Buat SECEPAT MUNGKIN

Sharing is caring!

Sawan Tarik? Apa itu Sawan Tarik? Sawan Tarik ni biasanya terjadi pada anak-anak yang demamnya terlampau tinggi suhunya… Bila anak-anak kecik demam biasanya dari umur sebulan hingga 6 tahun, ibu bapa lah yang paling risau. Suhu anak ketika demam memang sentiasa kena monitor..Risau kot2 lebih 39C. 



Bila demam sehingga terlampau tinggi suhu badan, ia boleh merosakkan kerosakan otak yang kekal terutamanya bila mengalami sawan tarik… Jangan pulak kita memandang remeh bila anak demam yer. Kita hendaklah sentiasa mengelap badan anak dengan kain basah untuk mengurangkan suhu badan si comel tu.


5 LANGKAH Yang Perlu Dibuat SECEPAT MUNGKIN Sekiranya Anak Mengalami SAWAN TARIK:


1. Buka pakaian anak. Baringkan anak secara MENGIRING. 


2. Buka mulut anak. Sekiranya mulut anak berbuih, korek mulut anak dan keluarkan air liur dan buih itu. Jangan biarkan anak tertelan air liur sendiri yang boleh menyebabkan dia mati lemas / tercekik.


3. Jangan biarkan anak KETAP GIGI, kerana bimbang dia akan terketap lidahnya.


4. Jangan masukkan obat bontot (PCM) masa anak tengah kejang, tunggu dia sedar dahulu baru basahkan kaki dia dengan air sejuk. Bila anak dah sedar atau menangis, baru masukkan obat bontot (PCM).


5. Sekiranya tiada ubat PCM di rumah, bila anak sudah sedar, cepat-cepat bawa anak ke hospital.


PERINGATAN


SEwaktu anak kejang, seluruh badan anak akan menjadi kejang. JANGAN GONCANGKAN BADAN ANAK.


Terus BARINGKAN ANAK SECARA MENGIRING.


Cepat-cepat SEDARKAN ANAK dengan cara MANDIKAN DENGAN AIR SEJUK. Alirkan air dari KAKI dahulu dan ke atas.


Sewaktu KEJANG, OTAK BERHENTI daripada menerima Oksigen. Sekiranya otak tidak dapat MENERIMA OKSIGEN mencukupi dalam MASA SINGKAT, ia boleh menyebabkan KECACATAN OTAK yang KEKAL.


Ibu bapa haruslah sentiasa memantau suhu anak-anak ketika demam. 



JANGAN AMBIL MUDAH

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge