Pentingkah Zat Besi dalam Badan Kita?

Sharing is caring!

Penting ke ZAT BESI dalam badan manusia. Dalam bahasa glamer dia, IRON FORMULA. Sebenarnya Zat besi sangat penting dalam badan kita tau.
Sebagai contoh:
Anda seorang wanita
Sentiasa rasa letih
Hampir tidak boleh naik tangga even anda cergas.
Itu tanda kekurangan zat besi..
Kenapa badan kita perlukan zat besi?
Sebab utama adalah untuk mengangkut oksigen ke dalam badan.
Zat Besi ni sebenarnya satu komponen penting dalam hemoglobin, yang membawa oksigen dari paru-paru kita untuk diangkut seluruh badan kita. Hemoglobin mewakili kira-kira dua pertiga daripada zat besi dalam badan. 
Jika kita tidak mempunyai cukup zat besi , badan kita tidak cukup sihat untuk membawa oksigen sel-sel darah merah. Kekurangan sel darah merah dipanggil anemia iaitu kekurangan zat besi. Penat tu berpunca daripada kurangnya oksigen dalam badan kita. 
Bila letih, ia boleh menjejaskan segala-galanya daripada fungsi otak kita untuk sistem imun anda untuk melawan jangkitan.
Jika hamil, kekurangan zat besi yang teruk boleh meningkatkan risiko bayi anda yang dilahirkan terlalu awal, atau lebih kecil daripada biasa. Sebab tulah, masa mengandung, doktor atau nurse selalu marah kalau HB darah kita rendah iaitu bawah daripada bacaan 10. 
Berapa banyak Zat Besi yang diperlukan??
1.    Remaja perempuan perlukan lebih banyak zat besi kerana kita kehilangan darah semasa haid setiap bulan.
Jadi, WANITA dari peringkat umur 19-50 tahun perlukan 18 mg zat besi setiap hari , manakala LELAKI umur 19-50 tahun hanya perlukan 8 mg setiap hari
2.    Selepas MENOPAUS, keperluan besi wanita jadi makin kurang kerana kitaran haid dah berakhir. Selepas seorang wanita bermula menopaus, kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan jumlah yang sama besi – 8 mg setiap hari.
Tapi kalau anda sedang HAMIL atau MENYUSU BADAN anda perlu mengambil lebih daripada 18mg zat besi sehari.
Jika anda adalah seorang VEGETARIAN anda mungkin perlu mengambil zat besi tambahan, sebab badan tidak menyerap jenis zat besi yang terdapat dalam tumbuhan.
Apakah Tanda / Simptom Kekurangan Zat Besi?
1. Sentiasa kelihatan pucat atau kelesuan, atau sukar bersenam.
2. Sentiasa letih.
3. Mudah pitam
4. Rasa sesak nafas
5. Degupan jantung yang cepat
6. Tangan dan kaki sejuk
7. Kuku rapuh atau keguguran rambut
8. Luka di sudut mulut
9. Lidah sakit
Cuba check ada tak simptom2 di atas pada diri uollss. Kalau ada, mostly ibu yang menyusu badan, cepat2 lah topup Zat Besi dalam badan. Sebab ia boleh sebabkan keguguran rambut yang melampau.
Ibu hamil dan ibu menyusu saya sarankan ambil multivitamin VITALEA yang lengkap dengan IRON FORMULA. Senang cerita. Telan jer.
 Nak try Vitalea?
Meh kontek saya 
Hanim Ismail
ID 921943
017-975 2684
FB: Hanim Ismail
Email : hanim_ismail@yahoo.com.my
COD Area : Shah Alam, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Johan Setia, Alam Budiman U10, UiTM Puncak Perdana.
Segala konsultasi adalah special untuk customer saya.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge