Kemalangan Maut Di Wakaf Tok Wali (Takziah kepada Keluarga Sepupuku)

Sharing is caring!

Hari Jumaat lepas bersamaan 3hb Februari 2017, satu tragedi telah berlaku dalam keluarga kami. PAda jam 1pm, saya mendapat satu mesej dalam Whatsapp grup family yang mengatakan Mertua Shida (sepupuku) Meninggal Eksiden. Masya Allah. Terus tanya makcik dan adik saya. Siapa? Eksiden kat Mana? Sape lagi yang ada masa eksiden tu?



Dieorang semua masa tu tengah kelam kabut, saya yang duk kat Shah Alam ni terus terpikir mesti ada info dalam facebook. Sebab semua sekarang, info kat hujung jari jer. Cari Page Info Roadblock Crew (IRDK) dan bukak2 terus zappp…ada orang upload gambar kereta eksiden. Masya Allah… Teruk sangat. Scroll cari dalam tu, tengok kot2 ada sape yang kenal mangsa. Rupa-rupanya betul. Mangsa adalah mertua kepada sepupuku.

Bila tengok gambar tu terus menangis sebab tersangat tragis. Ayah dan mertua Sepupu tercampak keluar dari kereta. Dan katanya terus meninggal di tempat kejadian. Ada siapa lagi dalam kereta? curious sangat. Rupanya anak dan cucu arwah pun ada. Makna anak kepada sepupuku pun ada dalam kereta masa kejadian. Dan alhamdulillah dia terselamat dengan minor innjury. Anak arwah pun minor injury tetapi mungkin ada pendarahan dalaman.



CErita nya, hujan tengah lebat dan mereka sedang menghala ke Kuala Krai untuk menghadiri satu majlis. Tiba-tiba tayar kereta pecah dan kereta terus terbabas ke lane bertentangan. Oleh kerana, kereta melanggar divider tengah, jadi kereta tu berpusing dan melambung sebanyak 2 kali sebelum melanggar kereta lain dari arah bertentangan. kedua-dua Arwah terus tercampak keluar.

Cucu Arwah yang terselamat tu namanya Adam. Cerita daripada Anty saya, katanya: Biasanya Adam jarang sangat nak ikut tokma ngan tokpa dia g jalan2. Biasa nya adik kepada Adam yang ikut (Mia). Tapi tak tau macam mana, ari tu, bila ajak terus dia ikut.Dan bila berlaku eksiden tu, orang-orang yang tolong mereka kat sana yang suruh Adam tu call Mak die (SHida). Mujur la si Adam ni memang dah pandai call guna tepon. Terus call parents dieorang. Kalau la si Mia yang ikut, tak tau lah macam mana mereka nak sampaikan berita kat keluarga dieorang. 

Apapun takziah kat family sepupuku Shida dan Abe Long. Allah lebih menyayangi mereka.
Innalillahiwainnailaihirojiun…
 



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge