5 Tips Mudah Untuk Mengajar Anak Seawal Umur 1 – 5 Tahun

Sharing is caring!

Ada anak usia 1 hingga 5 tahun? Macam mana nak ajar anak-anak seawal usia begitu. Sebenarnya anak dah boleh belajar sejak dilahirkan lagi. Takmo la kita tunggu anak dah sekolah rendah baru nak ajar anak-anak buat kerja-kerja rumah. Time tu dah terlambat. Seawal usia setahun kita dah boleh ajar anak mengemas rumah tolong kita ye ibu-ibu. Bukan niat mendera anak…No No..tapi kita nak pupuk anak menolong kita sejak kecil, baru lah anak tak anggap kita sebagai bibik. Ye dak?
Meh saya share 5 tips mudah untuk mengajar anak-anak seawal usia 1-5 tahun ye. 
 

5 Tips Mudah Untuk Mengajar Anak Seawal Umur 1 – 5 Tahun

 

1. Didikan


Didikan untuk anak- anak bermula seawal bayi dilahirkan lagi. Yup..betul..sebab masa itulah baby boleh kenal ibu dan bapa, boleh kenal adik beradiknya.. Dan ibu bapa wajiblah memainkan peranan untuk mendidik anak2 seawal usia setahun lagi. Ibu bapa yang mencorak cara perwatakan, percakapan, dan perangai anak-anak. Masa inilah anak-anak menyerap secara pasif apa yang ibu bapa bualkan dan cara kita berinteraksi dengan orang ramai. Jangan pula kita tunjukkan nilai-nilai negatif, nanti itulah yang akan ditiru oleh anak-anak.. Terutamanya semasa melayan orang asing, ketika memandu, ketika bercakap di telepfon, kerana semua nya sedang diperhatikan oleh anak-anak dan akan ditiru nanti..

2. Dorongan

Anak-anak seawal usia setahun memerlukan dorongan daripada kita ibu bapa kerana mereka memang mengharapkan kita untuk membantu mereka. Kita seharusnya menyediakan persekitaran yang baik untuk mereka, pendedahan yang berkualiti untuk mereke mengekspirasikan kreativiti mereka. Masa inilah kita memberi peluang kepada mereka untuk meneroka alam keliling yang mempunyai 1001 soalan yang bakal ditanya oleh mereka. Rasa ingin tahu mereka semasa usia 1-5 tahun ini sangat menebal dalam diri kita. Contohmya : GUNTING. Sesuatu yang kita anggap bahaya untuk mereka. Kita ambil dan anak menangis. Mereka tidak tahu kenapa gunting itu bahaya. Dan kalau boleh kita guna gunting bersama-sama mereka. Ajar mereka secara perlahan cara untuk guna gunting dan simpan dalam bekasnya,. Atau guna gunting yang plastik muncung nya..




3. Interaksi


Zaman IT dan gajet ini adalah zaman yang mencabar untuk perkembangan minda dan interaksi anak-anak. Kenapa? Kerana ibu bapa lebih banyak berkomunikasi dengan orang lain di alam maya daripada anak-anak yang berada di depan mata sendiri. Bila ibu bapa balik kerja, selesai urusan makan malam semua, kebanyakan ibu bapa mula memegang smartphone untuk sesi FB, WhatsApp, Twitter, Gosip-gosip dan sebagainya. Anak-anak juga diberikan TAB atau smartphone supaya mereka tidak mengganggu kita. Betul tak? DAn juga sebagai RASUAH supaya mereka diam.. 


Pernah saya ke rumah kawan saya, dan apabila kami sampai di sana, anak anak mereka hanya setia memandang smartphone seorang satu. Tiada sapaan, tidak bersalam-salaman antara kami. Hanya duduk di satu tempat dan memandang smartphone mereka. Tiada interaksi antara anak dan tetamu yang hadir. Bila kita mahu mengajar mereka untuk berinteraksi kalau bukan sekarang.. 

DAn jangan pula kita terkejut bila kelak mereka besar, mereka berasa kekok untuk berinteraksi dengan tetamu dan tak tahu macam mana nak layan tetamu.. Itu semua bermula daripada kita , ibu bapa…

4. Luahan Perasaan @ Confession


Jangan pernah anggap anak-anak tidak tahu untuk meluahkan perasaan. Apakah perasaan mereka? Marah, Sedih, Takut atau Dengki dengan Adik Beradik yang Lain. Ibu bapa tidak seharusnya ada perasaan pilih kasih antara anak-anak. Bagi yang mempunyai ramai anak, jangan pernah lupa bahawa anak sulung aadalah anak yang banyak berkorban. Dialah yang berkorban untuk berkongsi susu, berkongsi mainan, berkongsi hak milik anak sulung. Anak sulung yang berumur 3 tahun tidak akan paham erti berkongsi mainan terutamanya dengan adik. Kita yang perlu slow talk dengan mereka supaya mereka dapat meluahkan perasaan mereka.


5. Berdikari


“Dont Underestimate your children”.. Itulah yang dipesan oleh ibu saya. Mereka boleh berdikari sendiri sebenarnya. BUkan maknanya, umur 5 tahun dah boleh masak, basuh baju. jemur baju semua tu. Cuma mereka boleh membantu kita dalam melakukan kerja-kerja rumah yang simple.
 Seperti contoh : BAsuh Pinggan, Lipat Baju, Sapu Lantai, Simpan Mainan Sendiri, Basuh Kereta.



Tapi kita pun perlu bersama pantau kerja yang mereka lakukan, Jangan Pernah anggap kita dera anak dengan melakukan kerja-kerja mudah sebegitu. KErana, sekiranya semakin mereka semakin lama semakin besar dan tidak didedahkan dengan kerja sebegitu, mereka akan tidak tahu cara membuat kerja rumah.

Tambah lagi anak lelaki. Takmo la pulak disebabkan kita ada anak lelaki, semua kerja rumah tidak diberikan tugas, kecuali kepada anak perempuan. Bila mereka dah berumah tangga, mereka hanya berharap isteri yang pandai melakukan tugas tersebut. OOO….tidakkk… tak boleh la macam tu kan.

Kita kena ajar anak kita sama  ada lelaki atau prempuan untuk membuat kerja rumah yang simple  ya…Jangan pilih kasih.. Kelak kita juga yang untung jika semua anak boleh tolong kita melakukan kerja rumah.



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge