Buku Supermama : Buku Yang Semua Surirumah Wajib Baca :)

Sharing is caring!

Nak jadi supermom bukan senang tau… Nak handle anak lagi, nak handle bisnes online lagi macam saya ni..Kadang2 nak kena ada sumber bacaan yang bernas untuk kita jugak, yang boleh jadikan sumber inspirasi kita untuk terus bersemangat setiap hari ye dak.. Kadang kelam kabut jugak everyday kan? Meh saya share buku best yang saya rasa setiap supermom kat Malaysia ni wajiB baca.



nanti saya upload isi kandungan dia… SAya baru baca separuh,,tapi dah terasa macam well-organized… Baru je dapat buku ni hari selasa lepas… 

Buku ni Tajuk nya : Supermama
Penulis : Khairunnisa Hamzah
Terbitan : Telaga Biru

Saya beli dengan Puan Ct Hanizah 
Harga : RM 25 + Postage Rm7.50

Antara isi kandungan dalam buku yang sangat menarik..
Nampak simple, tapi sangat best sebenarnya bila baca..

 
 
 
 

DAlam buku ni ada dipecahkan kepada 5 tajuk besar iaitu :

  1. Rumah
  2. Keluarga
  3. Masa
  4. Wang
  5. Anak 

Dan setiap tajuk besar itu dipecahkan kepada tajuk-tajuk kecil yang bagi saya memang kena dengan kehidupan seorang surirumah. Bagaimana nak uruskan rumah supaya sentiasa kemas dan teratur, dan tidak mengambil masa yang lama dalam mengemas rumah.
Lagi-lagi kalau kita ada anak kecik kan? Macam saya ada 3 boys, sorang 6 tahun, sorang 3 tahun dan sorang lagi 18 bulan. 

Boleh bayang kan macam mana keadaan  berseleraknya rumah dengan mainan 3 boys ni kan? kadang kelam kabut jugak hari2..yang penting nak kena kemas umah 15 minit before bapak dieorang balik…pulak tu time balik keja tak menentu..bukan keje ofis hour kan? mujur dah pesan siap2 sebelum balik tu msg dulu…takde la terkejut sangat kan.

Dalam buku ni penulis ada ajar bahagikan rumah ikut zon.. Kalau tetamu datang pun, takde la nampak sangat berselerak rumah dengan mainan anak2 kita.. Emm.nak cerita lebih2 nanti kang tak paham lak… Hehehe… better beli sendiri buku ni dan baca.. Serius tak rugi melabur rm25 untuk buku ni..


Ni bahagian dalam buku ni… Ada gambar yang menarik. Ayat yang digunakan jugak tidak skema dan kita pun naik seronok baca buku ni. Ada setengah buku dengan bahasa standard, (memang bagus) tapi saya cepat ngantuk. Nasib la bila baca buku Sejarah zaman sekolah menengah tak mengantuk pulak.

 
 
Saya memang cadangkan semua surirumah sama ada yang ada bisnes atau tidak, beli lah buku ini untuk dijadikan panduan dan inspirasi untuk kita jalani kehidupan dengan lebih teratur dan tidak membuang masa..
Disclaimer : Saya tidak dipaksa dan dibayar oleh penulis buku ini untuk membuat sebarang review atau ulasan mengenai buku ini. Saya sangat tertarik dengan intipati buku ini dan ikhlas dalam memberikan review ini.
Moh kita ramai2 beli buku ni.. 
Hadiah kan kat isteri atau diri sendiri..
rm 25 je tau…    

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge