Resipi Ikan Siakap Sweet Sour Paling Cepat dan Senang

Sharing is caring!

Nak masak apa ye hari ni? Anak-anak tak makan pedas…Sebab mak dia tak makan pedas… Hahaha… Kesian kan? Emm.. menu hari ni kita masak Resipi Ikan Siakap Sweet Sour.. Cepat, sedap dan tak pedas.. Tu yang paling penting…

Senang je resipi ni.. Dan CEPAT.. Tu yang penting.. Sebab anak kecik ni memang suka sangat tarik tangan mak dia tak nak bagi duk dapur lama-lama.. tu yang kena ada skill masak cepat – cepat tu…

Kalo beli kat kedai pun paling murah rm25 sekor siap masak tau. Ikan siakap sweet sour ni.. Padahal sekor ikan tu baru anggaran 6-8 ringgit.. Kebetulan hari tu tengok ada offer ikan siakap rm6 seekor, apa lagi. beli la banyak sket..Murah kan..

Ok..ni resipi dia..

Ikan siakap saya potong 2 sebab malas nak guna kuali besar nak goreng ikan.. Hheheh
letak garam kunyit kat ikan, letak sikit tepung jagung kat ikan.. Baru la macam crispy crispy..krup krap bunyik bila makan ikan tu..Make sure goreng minyak banyak.. Minyak kena betul-betul panas baru ikan siakap goreng jadi sedap…

Ok…ni resipi untuk sos sweet sour pulak..

3-4 ulas bawang putih (mayang halus)*
1-2 labu bawang merah (mayang Halus)*
Cili boh
Halia 1 inci*
Lada merah*
Daun limau purut
Mixed Vegetables
Lada benggala @ Capsicum(saya guna merah dan kuning)
Cendawan butang dalam tin
Ketiak jagung
Bwang besar kuning
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
sedikit air
garam & Gula
Mula-mula panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan bertanda *. Goreng sampai naik bau (bawang tukar kaler jadi kekuningan sikit)  tau.. jangan sampai hangus..Hehehe..
Lepas tu, buh cili boh satu sudu besar.. Siapa suka pedas boleh tambah lagi.. Saya anti pedas..hehhe…
Guna api kecik ye,.. kacau hingga masak cili boh.. Lepas tu masukkan sos tiram dalam 2 sudu besar.
Sos tomato dalam 3 – 4 sudu besar, sos cili dalam 2-3 sudu besar.. kalo suka pedas boleh tambah lagi sos cili. Letak daun limau purut, Bau wangiiiii sangat bila buh daun limau purut,,, Pastu kacau sebati..

Tambah air sikit supaya jadi kuah banyak.. Kang sikit sangat tak masuk pulak sos sweet sour dalam ikan.

Pastu masukkan capsicum, mixed vegetables, bawang besar. Kacau sehingga masak…

Jangan lupa buh garam dan gula tau…

Ok,,dah siap tu… masukkan ikan siakap yang dah goreng tu…tunggu 5 minit supaya sos masuk dalam ikan…feeewiiit,,,kalah masak kat kedai..modal tak sampai 10 hinggit..

Tak sabo nak makan.. Asben balik lambat pulak tu…ai makan dulu la…hahaha




Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge