Review Shell Out Hope Bite di Shah Alam Seksyen 13

Sharing is caring!

Assalamualaikum.. Hari ni aktiviti santai sikit, Nak bagi review tentang Shell Out kat Shah Alam ni. Banyak sebenarnya yang ada ShellOut Kat Shah Alam ni. Tapi, masa ni tuju ke Restoran Hope Bite kat Seksyen 13 berhadapan dengan Tesco Extra Akuatik tu. Best ke Tak Best? Jeng Jeng Jeng….




Okay… kita orang pergi masa hari Selasa lepas. Masa tu Bonus Geng-geng Shaklee ni baru masuk, termasuklah bonus saya… Hehhe,,, Kebetulan suami pulak cuti, so, bermalas-malasan kat rumah je… Kemas-kemas rumah dan last sekali pikir nak dinner kat mana… Aktiviti cari tempat makan sedap pun bermula…Hehhehe… Last-last decide nak g makan kat Hope Bite..

Orang cakap Murah… RM 16 per pax… OK la…Pakej ekonomi la kirenya kan.. So, pergilah kiteorang cari restoran Hopebite tu, Memandangkan dah lama tak lalu area situ, kiteorang silap masuk jalan ke Tesco lagi.. ingat kan ada buat jalan tembus ke bangunan sebelah tu. Mujur tak banyak kereta… Pusing balik buat macam jalan sendiri…Hehhe…
Kiteorang order:

Shell Out untuk 2 pax
Chicken Chop
Fries
Teh Tarik, Nescafe Panas dengan Air Kosong
Sekali datang,,mak ai… boleh ke habis ni……
Dalam hati duk pikir, kalau pedas tak tau la.. Dah la saya ni jenis tak makan pedas,,,asben tak,,,die memang kaki makan pedas,,,

Tengok hero ke 3 tengah khusyuk pegang jagung.. Hehehhe…
Opps…lupa siap tambah lagi 1 cup nasik… Menyesal sebenarnya bila tambah nasik satu cup,,sebab nak perabis lauk pun satu hal.. Mujur asben ada…
First thing, mujur tak pedas… Alhamdulillah… dan Sedap.. Kena dengan selera kami…
Asben pun kata OK.. Lagipun die memang tukang masak dulu-dulu kala,, memang die tau  la sikit bab-bab masakan ni,.. Siakap Stim asben masak sedap wooo… kalah ai tau,,,
eh..melalut lak…
Chicken cop isi die kurang masak sikit, Tapi takpe abaikan je,,sebab yang utama nak makan shell out tu..
Fries die pun ok…datang panas2..bukan hantar yang sejuk keras.. Alhamdulillah..
Memang berbaloi la RM16 untuk 1 pax.. Ni gambar kiteorang ni untuk 2 pax.. banyakkan..
So apa lagi, lepas makan kepah, ketam, udang , sotong tu, aktiviti telan alfalfa lebih sikit la jawabnya… 
Saya tak boleh sangat makan seafood..
oohh…Lupa… Total RM48.30 hari tu..

ALL THE BEST HOPE BITE 


Sebarang tempahan boleh hubungi Hope Bite :
0162963034

Isnin Tutup

selasa-khamis : 1200-2300
Jmaat-ahad : 1500-2300



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge