Tips Kuruskan Badan Tanpa Menyeksakan Diri

Sharing is caring!

Ramai orang nak kurus, tapi tak ramai yang betul-betul nekad nak kurus.. Sama ke lain maksudnya..?… heheh.. itu maknanya sebut je kurus kat mulut, tapi makanan macam-macam masuk mulut.. Godaan makanan katanya.. Nak tau tak tips untuk kurus dengan cara selamat dan tidak menyeksakan?
Nak tau tak statistik Malaysia sekarang ni paling tinggi antara negara lain dalam kategori obesiti.. Obesiti tu maknanya gemuk la.. tapi tak boleh cakap terang – terang. Nanti sentap.. soriiii… tapi..tau tak obesiti lah punca segala jenis penyakit. Diabetis, darah tinggi, kolestrol tinggi.. itu antara penyakit femes yang akan attack golongan obes..
Tapi kannn… strok dan last sekali sakit jantung boleh menjadi penyebab kematian. Apa kaitan sakit jantung ni kan dengan obesiti? 
Ok.dia macam.ni.. bila kita dah masuk kategori obes ni, biasa nya kita akan ada kaitan dengan kolestrol tinggi.. Ye lah,, dah namanya obes kan, biasanya segala makanan kita telan. Tambah lagi kat Malaysia ni femes dengan cheese kek, pisang gorg cheese, keropok lekor.cheese.. memang mengundang bacaan kolestrol tinggi tu..
Kolestrol ni penyebab Silent Killer.. Sebabnya, bila kolestrol dah memenuhi ruang salur darah kita, tu yang kita jadi sesak nafas, tiba-tiba tak.boleh nak bernafas , sebab darah beroksigen tak.boleh nak dipam ke jantung.. Bila jadi macam tu, kita akan kena serangan jantung.. Kalo kita cepat ke hospital dan segera dapat bantuan takpe la jugak.. Tapi kalau tak sempat.. Innalillahiwainnailaihirojiun…
Emmm..macam mana sekarang? Dah betul- betul nekad nak kuruskan badan? Ni nak share tips kuruskan badan dengan cara selamat dan tidak menyeksakan.

1. Kurangkan Portion Makanan 

Ok.. kalau.biasanya kita amek 3 – 4 senduk nasik, lauk menggunung penuh pinggan kan.. sekarang tukar  amek 1 senduk nasik, sedikit lauk, banyakkan sayur dan buah.. itu baru betul… Bukan kata tak makan nasik langsung. Nasik kan karbohidrat sumber tenaga tu…

2. Minum air paling sikit 3 liter sehari

Air masak memang wajib minum setiap hari. Kalau minum air manis.tu tak dikira tau. Sebab kita nak buang toksin dalam.badan, dan badan kita sentiasa perlu dihidrat..

3. Dilarang Ambil Makanan atau Minuman Bergula

Ini yang penting. Minuman manis, air bergas,makanan manis macam kek, cokelat, dan yang sewaktu dengannya tu JANGAN makan..ini Yang menambahberatkan lemak-lemak kat badan kita. Gula putih yang menjadi sumber berat badan kita naik, dan juga salah satu penyebab kanser tau. Sebab tu, kita kena kurangkan kalau boleh avoid terus gula putih. Tukar gula perang atau stevia. tapi stevia pun dah ada yang tiruan. Pilih elok-elok..



Dan tolong jangan ngelat tau.. Sebab ada orang yang mampu bertahan seminggu je.. Lepas tu, celang cerlup.. Maknanya.. ala takpe la ari ni je makan kek.. esok tak makan dah.. Emmm.. memang payah la kan gtu.. eh…jangan lupa.. kalau kena serangan jantung  memang dia tak tunggu dah elok ke lusa tau.. Sayang nyawa tu dulu, tolak kek ke tepi dulu ye sayang..


4. Detoks Badan @ Usus


Yang ni memang wajib buat awal-awal bila dah nekad nak kurus. Sebab usus tu tempat segala khasiat dan nutrisi yang kita makan seharian diserap ke badan. Time ni, kalau usus bermasalah, contoh nya susah nak yakyak, memang makan segala jenis supplement ke vitamin ke rugi… Sebab usus tak bekerja di tahap optima pun.. Tak serap sepenuhnya pun. 



Bukan sembelit atau buasir tanda usus kita ada masalah. Paling senang nak detect bila kita rasa nak poopoo kita perlu meneran dengan jayanya. Biasanya yang tiada masalah usus, bila time poopoo tu, masuk je toilet tak sampai 1 minit setel membuang.. Serius betul tau…

sebab tu., kita kena detoks usus dulu ye.

5. Bersenam


Nak kurus kena bersenam. Bukan kata wajib pergi gym.. Kalau boleh dan ada kesempatan masa nak pergi gym lagi bagus. Macam saya yang housewife ni, exercise dengan anak-anak pun dah mencukupi. Contoh : Bercucuk tanam, kemas rumah, joging dengan anak-anak kat area perumahan ni. Itu pun dah cukup berpeluh tau setiap hari ye. Bukan sebulan sekali.. Kalau rasa payah sangat download video Zumba ke, Aerobic ke. Tengok dan tiru.. Buat dalam rumah pun jadi la kan..

6.  Niat , Nekad dan Kuruskan Badan


Ha…ni yang paling payah kan.. Niat tu ada.. Nak nekad tu yang payah kan.. Meh nak cerita story betul punye,, Sepupu saya baru tahun ni masuk 31 tahun.. Sebelum mengandung anak ke 3, nak tau tak berat badan dia berapa 98kg…. 2 kilo lagi cecah 100kg tau.. padahal muda lagi tu… Baru anak 2.. Orang cakap ikut keturunan, kalau mak ayah besar, besar la anak.. Tapi.. tu bukan sebab besar mak, anak pun kena besar, Tu nafsu makan yang tak boleh nak kontrol..

Ok.. dipendekkan cerita, doktor suruh dia kurangkan berat badan sedikit untuk membolehkan (jika ada rezki) untuk mengandung lagi. Dan dia betul-betul nekad, mintak tolong saya guide dia untuk kuruskan badan dia.. Alhamdulillah. Sekarang anak no 3 dah masuk setahun. Dan berat dia yang latest dah 58kg….

40kg tu turun berat tu.. 

Siapa kata senang.. Dia sampai sekarang tak sentuh kek.. Even  Dato Vida bagi kek free (sebab g makan kat kedai Dato Vida hari tu) pun dia tak makan. Nak rasa sesudu pun dia tolak. Adakah anda Sanggup macam tu?


Kalau sanggup, saya boleh guide untuk kuruskan badan. Jangan ngelat sudah la..

Jangan tangguh-tangguh tau.. Maut tak mengenal usia..

Satu lagi kan, kalau kita perasan la kan.

Semakin ramai orang yang berumur 30-an meninggal akibat sakit jantung. 


Kebanyakkannya adalah kerana kolestrol tinggi atau merokok.
Silent killer kan… Jangan risiko kan diri kita. Kesian suami, kesian isteri, kesian anak-anak.

Ubah lah sekarang…


Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge