Kencing Manis Semasa Hamil; Apakah Cara Mengurangkan Kencing Manis dengan Berkesan?

Sharing is caring!

Alhamdulillah dah mengandung. Tapiii…ada satu lagi masalah… Kencing manis semasa mengandung.. aduuu… semasa mengandung ni la kencing manis nak datang… Macam mana cara nak kurangkan atau macam mana nak hilangkan kencing manis semasa hamil?


GDM atau Gestational Diabetis Melitus ni jenis  bermusim. Time musim hamil ni la dia datang. Tapi, kalau tak control semasa hamil, kencing manis ni boleh melarat sehingga selepas bersalin. Lagi bahaya tau..


Sebab itu lah, bila kita mengandung, kita sebolehnya kena jaga pemakanan kita. Dan bukan lesen untuk kita makan segala-galanya. Kita kan bila mengandung ni, mula la.datang selera besar. Macammm macammm nak makan.  Bila turn kena buat test, rupanya GDM. Bersedialah untuk ambil darah 4 kali sehari, dari pagi sampai malam.

Nak tahu tak, apa risiko kencing manis semasa mengandung ni kepada kita dan juga bayi dalam kandungan?



Risiko Kencing Manis Semasa Hamil kepada Ibu dan Bayi


Risiko kepada Ibu:


  • Mendapat tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing
  • Jangkitan faraj
  • Mommies mungkin akan bersalin pembedahan caesaerean / czer akibat daripada bayi besar  
  • Luka bersalin caesarian menjadi lambat sembuh
  • Mommies akan mempunyai masalah kencing manis selepas bersalin
  • Mommies akan diminta untuk bersalin awal daripada tarikh dijangka bersalin (induction)

Risiko Kepada Bayi :


  • Risiko tinggi untuk bayi mati dalam kandungan 
  • Saiz bayi besar berkemungkinan 3.5kg ke atas dan menyukarkan kelahiran dan tidak dapat bersalin secara normal. Kemungkinan untuk bersalin secara caesarian sangat tinggi.
  • Tumbesaran bayi dalam rahim terjejas kerana hipoglisemik
  • Bayi demam kuning (jaundice)
  • Kesukaran bayi untuk bernafas
  • Air ketuban berlebihan (Risiko lahir pra-matang atau bayi mati dalam kandungan)
  • Anak akan lebih berisiko kegemukan / obesiti atau kencing manis selepas dewasa.


Tengok pada risiko kepada kita dan baby dalam kandungan pun dah rasa takut kan? Apalagi kemungkinan untuk bersalin bayi pra-matang atau paling teruk baby meninggal dalam kandungan. Ini semua kerana kencing manis semasa hamil. 

Dan kita sendiri berisiko tinggi untuk mengalami masalah kencing manis seumur hidup kita. Nak ke macam tu? Atau lagi teruk, bayi yang baru kita lahirkan terus mengalami masalah kencing manis.

Kalau lah kita ada masalah kencing manis semasa hamil, tolong jangan ambil mudah ye mommies. Berikhtiar lah dan jagalah pemakanan mommies ye.
Ni ada 4 cara untuk mengurangkan masalah kencing manis semasa mengandung


4 Cara Untuk Mengurangkan Masalah Kencing Manis semasa Mengandung


1.  Mengurangkan Makanan atau Minuman Manis


Biasa masa mengandung, time ni la kita nak makan manis2, tapi jangan over manis pulak tau. Tapi.. kalaulah ditakdirkan kita ada kencing manis semasa mengandung, kita boleh ambil makanan atau minuman yang rendah indeks glisemik (low G.I).. Mana nak cari,minuman low G.I? Energizing Soy Protein (ESP) la jawapannya..



ESP mempunyai G.I yang rendah yang boleh diambil oleh ibu mengandung. Maka, bertukarlah ibu-ibu, daripada minuman manis kepada ESP. ESP memberikan tenaga kepada ibu-ibu semasa hamil..


2. Minum Air Masak Secukupnya


Mommies, tolonglah  sekat sedikit nafsu untuk minum minuman manis dan banyakkan minum air masak. Cara ini juga dapat mengurangkan masalah kencing manis semasa mengandung. Dan mommies digalakkan untuk menyukat berapa liter air yang diminum sehari. Jangan pula malas untuk minum air masak, sebab malas nak berulang alik ke tandas. Itu perkara normal sepanjang mengandung. Dan ditambah dengan tekanan ke atas pundi kencing oleh baby dalam kandungan kita akan menjadi mudah untuk rasa mahu membuang air kecil.


Ehhh… serius ni tau…bukan main-main, Saya pernah alami masalah kencing kotor pada usia 7 bulan kehamilan, gara-gara kurang minum air masak sebab malas nak bangun masa tu demam sehari, Akhirnya ke hospital lah saya kena drip sepanjang malam hingga ke pagi. Sebab contraction semakin kuat. Mujur lah kandungan tidak apa-apa. Dan bila dah makin kurang contraction, saya dibenarkan balik ke rumah,, Syukur sangat.. Tobat dah lepas tu selalu minum air masak banyak-banyak.



3. Sarapan

Sarapan ini adalah wajib diambil. Tak kira lah kita mengandung atau tidak. Tua atau muda. Lelaki atau wanita. Sarapan lah yang menentukan keadaan kita sepanjang hari.


 (Gambar Sekadar Hiasan)

Sedapnya nasik lemak dalam gambar kat atas ni.. Tapi kena beringat jugak tau. Nak ambil sarapan pstikan yang low GI.

Sekiranya kita tidak mengambil sarapan, tahap gula dalam darah kita akan menjadi rendah atau hypo. Dan ini sangat bahaya. Kita juga kena pantau makanan dan minuman yang diambil semasa sarapan untuk mengelakkan bacaan tahap gula dalam darah menjadi terlalu tinggi, Dan, ambillah minuman yang mempunyai indek glisemik yang rendah seperti ESP.


4. Banyakkan Makan Buah-Buahan


Kadang kita semasa mengandung ni, mesti sentiasa lapar kan, Ada je nak mengunyah. Kadang kunyah jajan, snek, kadang keropok, Ada yang makan kek, cokelat dan boleh dikatakan makanan yang tinggi kandungan gula. Kalau boleh elakkan. Kita tak mahu menyesal di kemudian hari.
  Kalau terasa nak mengunyah tu, makanlah buah-buahan. Kandungan gula pun kurang. Dan ia pun sangat elok untuk kandungan kita kan?


Buah delima dikatakan sangat bagus untuk bayi dalam kandungan, Apa lagi, lepas ni cari buah delima untuk sesi kudapan ye mommies.




Jagalah diri mommies dan baby dalam kandungan dengan sebaiknya, Ia adalah anugerah yang tidak ternilai.

Dan jangan lupa, berikan nutrisi secukupnya kepada bayi anda, Sekiranya mommies tidak mampu untuk EAT CLEAN, EAT HEALTHY, sekurangkan ambil vitamin untuk menampung kekurangan nutrisi seharian untuk diri mommies dan baby.

Kekurangan nutrisi dalam kandungan akan menyebabkan masalah yang lain kepada baby dalam kandungan.

Boleh KLIK LINK INI untuk Vitamin Semasa Hamil Yang Sesuai sekiranya ibu mengalami masalah kencing manis semasa mengandung



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge