Kesan Menggunakan Produk Kosmetik Bermerkuri Yang Tak Ramai Wanita Tahu

Sharing is caring!

Sekarang ni memang ramai wanita mahukan kulit yang putih dan cerah tapi risau muka akan berjerawat teruk selepas menggunakannya. Salah satu sebab kenapa kulit muka menjadi teruk berjerawat selepas berhenti menggunakannya kerana ia mempunyai bahan berbahaya iaitu MERKURI. Kenapa ada orang yang tiada pun naik jerawat SEMASA menggunakan produk kosmetik yang mempunyai merkuri?



Keyword kat sini adalah SEMASA. Kebanyakan pengguna kosmetik yang menggunakan kosmetik yang mempunyai bahan merkuri TIDAK mempunyai masalah SEMASA menggunakannya. Masalah mula timbul apabila kita BERHENTI menggunakannya.. Memang produk bermerkuri BERJAYA memutihkan kulit dan menghilangkan bintik-bintik hitam pada muka, TETAPI, ia juga mempunyai kesan yang buruk..
Bahan merkuri walaupun sedikit yang ada dalam bahan kosmetik akan meresap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan saraf. Bagi ibu-ibu yang hamil dan menggunakan produk kosmetik bermerkuri, ia boleh MENGGANGGU PERKEMBANGAN OTAK bayi di dalam kandungan.

Kesan Penggunaan Kosmetik Bermerkuri

1. Memang pada awal penggunaannya kulit akan menjadi putih, tetapi SETELAH BERHENTI MENGGUNAKANNYA kulit akan menjadi kusam dan gelap.
2. Setelah berhenti gunakan produk bermerkuri, kulit akan keluar tompok-tompokan kelabu dan kehitaman.
3. Kulit akan menjadi kemerah-merahan dan pedih jika terdedah kepada matahari  

4. Kulit akan menjadi bebas jerawat TETAPI ia disebabkan oleh lapisan kulit epidemis telah rosak, tidak mengandungi protein dan melanin kulit tidak berfungsi lagi.
5. Pori -pori pada kulit muka mengecil kerana menggunakan kosmetik bermerkuri. Ia disebabkan kulit semakin menipis dan kulit muka akan rasa seperti terbakar apabila terkena sinaran matahari.
Banyak Produk kosmetik sekarang yang menggunakan produk bermerkuri. Ada yang telah ditarik balik dan ada lagi yang berada di pasaran. Sejauh mana kita AWARE berkenaan produk ini?
Dan,..tak dinafikan.. SEMUA wanita nak cantik.. Siapa yang tak nak kulit cantik macam Che Ta? Mulus cantik macam Nora Danish. Cantik comel macam Fasha Sandha?? Siapa tak nak… Termasuk la yang duk baca ni kan.. MEsti nak cantik.. Kulit cerah.. Berseri-seri…
Tapi… Jangan Mudah terpengaruh dengan Iklan:
Putih Dalam Masa 3 Hari
Sapu-Sapu terus Putih
Ini lah salah satu produk yang mungkin ada merkuri di dalamnya. Memang produk tersebut tidak akan DECLARE kehadiran merkuri didalam kosmetik tersebut. Memang Lulus KKM.. Tapi Last-last kena tarik balik sebab ada merkuri.. Bukan 1 @ 2 produk tempatan, Tapi bERpuluh-puluh produk yang ditarik balik kerana mempunyai unsur merkuri. 

Nak tau tak cara TErbaik untuk tau ada unsur merkuri dalam kosmetik tersebut?

Caranya adalah Kosmetik itu BERBAU WANGI. 

Kenapa wangi? Kerana ia meletakkan fragrance untuk menutup bau busuk merkuri.

CUbalah hidu. Kalau bau wangi tu, memang ada unsur merkuri.

Cuba try hidu bau kosmetik lain yang agak mahal, yang agak berjenama. Memang takde bau pun. Sebab memang takde unsur merkuri..


Haaaa… apa lagi kakak-kakak, adik-adik sekalian.
Yang duk guna produk kosmetik tu sila balik hidu bau krim malam atau krim siang tu,. 

Kalau bau wangi tu, konpem ada bahan merkuri.

Emm…satu lagi..kalau nak tau ada merkuri ke tak…

SILA BERHENTI GUNA produk tersebut selama seminggu. Sekiranya kulit start naik jerawat dan kulit menjadi gelap, MEmang KONPEM produk tersebut ada bahan bermerkuri..

Bukan senang nak educate orang ramai tentang bahaya bahan bermerkuri ni..

Sebab kebanyakan nya taksub dengan putih cantik melepak, dan nak kulit putih seawal yang boleh.. Tapi anda sanggup risikokan kulit anda.

SAnggup menanggung akibat kanser kulit?

Sanggup menanggung buah pinggang rosak?

SAnggup biarkan anak dalam kandungan kita terjejas?

Ubahlah sekarang.. Kita mampu…


Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge