Resipi Sambal Udang Sedap dan Tak Pedas

Sharing is caring!

Bestnye kalau dapat makan sambal udang hari-hari. Tapi yang tak best kalau beli kat kedai mesti tak kena dengan tekak dan perut saya ni. Almaklum lah tak makan pedas. HAhahhaha…padan muka. Apa lagi, try la buat sendiri sambal udang yang penting tak pedas..



Ni cara saya:

Bahan-bahan:

Udang buang kepala
Cili boh 1 sudu besar (tak payah banyak, nanti pedas)
Sos tiram 1 sudu besar
Sos tomato 1 sudu besar
Sos cili 1 sudu besar
Bawang Besar Holland / Kuning 2 bijik
     – 1 bijik potong bulat
     – 1 bijik blend / tumbuk hancur
Asam jawa
Garam
Gula melaka (nisse kelate)- Suku kerek (eh..paham ke idok ni)



Cara -cara :

1. Panaskan minyak sedikit untuk menumis Bawang besar Kuning yang diblend/tumbuk.
2. Tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili boh sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.
5, Masukkan garam dan gula melaka (nisse).
6. MAsukkan air asam jawa 2 sudu besar.
6. Masukkan udang dan bawang besar yang dipotong bulat. Jangan lama-lama nanti udang jadi keras dan hilang manis udang.
7. Siapppp  !!!!

Senang je resipi ni.. Maaf sebab takde gamba untuk setiap bahan. Nanti lain kali saya masak sambal udang lagi saya upload gambar bahan-bahan ye.


Yang tak boleh makan udang sebab gout boleh tukar dengan bahan lain ; ayam / daging / sotong. 

Yang penting tak pedas…


Nak lagi resipi.. Insya Allah saya bagi resipi tomyam senang siap dalam masa 10 minit.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge