5 Pantang Larang Bagi Perempuan Yang Baru Berkahwin

Sharing is caring!

Ada pantang larang bagi perempuan yang baru berkahwin? Kenapa ye? Sebabnya ; biasanya kita kahwin adalah kerana Allah dan juga untuk mendapatkan zuriat kan? Pantang larang ni sangat berguna dan penting bagi kita kaum perempuan yang baru berkahwin. Meh baca. 


Gambar Sekadar Hiasan


Biasanya sebelum berkahwin ni, takde la sangat pantang larang yang kita nak ikut kan. Makan sesuka hati. Selagi rasa macam boleh masuk tekak kita telan je  kan. Air pun yang jenis-jenis hipster pun kita minum kan? Kenapa bila dah kahwin kita kena ikut pantang larang ni?

Sebenarnya pantang larang ni kita kena ikut sebolehnya supaya memudahkan kita mendapatkan zuriat dan yang penting kita kena sentiasa berdoa kepada Maha Pencipta iaitu Allah yang memberikan rezeki anak kepada kita. Apa pun, kita kenalah berusaha dulu kan?

Pantang Larang Bagi Perempuan Yang Baru Berkahwin


๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Jangan Minum Minuman Berkarbonat (Air Gas)

Kalau yang sebelum kahwin tu memang suka minum air gas ni, sebolehnya bila berkahwin STOP minum air bergas ni. Kita memang tahu kan, air gas ni jenis tajam. Bahaya sekiranya kita minum air gas ni, tanpa kita sedar bahawa kita sedang mengandung. Akhirnya boleh menyebabkan keguguran.





๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Jangan Minum Air Tebu. 



Ini pun salah satu daripada air yang bersifat ‘tajam’ yang boleh menggugurkan kandungan. Sebolehnya elakkan minum minuman ni sekiranya sedang berusaha untuk hamil. 



๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Jangan Makan Nenas dan Makanan Pedas


Nenas adalah buah-buahan yang ‘tajam’. 2 atau 3 keping nenas dalam masakan pajeri nenas pun dah boleh menyebabkan keguguran. Durian pun kalau boleh elakkan. Kalau nak makan pun, just amek 1 atau 2 ulas. Kalau kita memang tak tahu kita sedang mengandung, elakkan makan makanan ni yer. Saya tau ada sesetengah kita ni, kalau tak makan makanan lauk pedas-pedas memang tak lalu nak makan kan? Cubalah untuk kurangkan sikit tahap kepedasan itu supaya kita dipermudahkan untuk hamil





๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Ambil Asid Folik setiap hari


Asid folik sepatutnya diambil dalam masa 3 bulan sebelum kita kahwin lagi. (Kenapa Perlu Ambil Asid Folik Sebelum Kahwin). Asid folik ni penting untuk pertumbuhan janin yang sihat dan juga untuk mengelakkan bayi mengalami masalah spina bifida. Sebab itu, doktor menyarankan perempuan WAJIB mengambil asid folik 3 bulan sebelum berkahwin. Dan ia perlu diambil setiap hari tanpa miss walaupun selepas melahirkan anak.




๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰Kurangkan Pengambilan Ais


Kita perlu mengurangkan pengambilan minuman berais untuk mengelakkan masalah keputihan. Ada anak dara yang mengalami masalah keputihan yang teruk. Untuk atasinya boleh ambil Garlic Complex dan Alfalfa Complex. Keputihan ni boleh mengganggu sistem hormom kita untuk hamil. Sekiranya ada keputihan semasa mengandung, ia akan membahayakan nyawa bayi di dalam kandungan kita sejurus selepas kita melahirkannya.






Ini adalah 5 pantang larang yang saya dan ramai yang ikut supaya dipermudahkan untuk hamil selepas berkahwin. Namun apa pun, zuriat adalah salah satu rezeki daripada Allah swt. Insya Allah kita perlu berusaha dahulu dan berdoa supaya dipermudahkan urusan kita untuk mendapatkan zuriat.



Semoga 5 Pantang Larang kepada Perempuan Baru Berkahwin ni akan dapat membantu kita.


ps: dah 7 tahun start dari kahwin lagi, saya tak minum air bergas, tebu, dan nenas. Walaupun saya peminat pajeri nenas, tapi saya lupakan sekejap makanan favorite saya tu seketika. kot-kot terjadi proses persenyawaan dalam rahim tapi sedap kita duk pulun nenas, last-last gugur.. Itu yang menjadi saya risau nak makan nenas. 


Ais memang saya kurangkan untuk elakkan keputihan. ALhamdulillah memang berkesan. Dan asid folik memang saya ambil setiap hari tanpa skip sehingga sekarang. Alhamdulillah dah 3 boys, sekarang tengah berusaha untuk hamil lagi… Hihihihi… 


Saya juga sarankan anda mengambil Vitamin untuk Hamil untuk kukuhkan lagi rahim kita dan supaya kita lebih bertenaga semasa hamil.



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge