Apa Itu Masalah Penapis Buah Pinggang Bocor atau Nephrotic Syndrome?

Sharing is caring!

Sebelum ni saya ada tunjukkan statistik pesakit buah pinggang yang angkanya agak menggerunkan. Dan Malaysia pula tercatat sebagai negara yang mempunyai paling ramai pesakit buah pinggang. Dan kebanyakkan daripada pesakit perlu melalukan dialisis seumur hidup. Tapi, insya Allah ada cara untuk mengurangkan protein dalam urin akibat penapis buah pinggang bocor.



Masalah penapis buah pinggang bocor atau lebih dikenali dengan nama Nephrotic Syndrome ni adalah satu keadaan di mana buah pinggang gagal menjalankan fungsi dengan baik dan menyebabkan terlalu banyak protein di dalam urin. 

Ia disebabkan oleh kerosakan pada pembuluh darah kecil iaitu glomeruli pada buah pinggang untuk menapis sisa dan air berlebihan. Apabila ia berlaku, ia menyebabkan pembengkakan (edema) terutama pada kaki dan pergelangan kaki yang boleh meningkatkan risiko penyakit lain.



Kaki Menjadi Bengkak dengan pengumpulan cecair di pergelangan kaki.



Mata Menjadi Bengkak



Sekiranya kita menghadapi masalah Nephrotic Syndrome, ini bermakna :

  • Tahap protein di dalam URIN adalah TINGGI
  • Tahap protein di dalam DARAH adalah RENDAH




Nephrotic Syndrome adalah bukan penyakit. Ia hanyalah tanda-tanda amaran ‘something is damaging your kidney’.  Yang pasti, terdapat rawatan yang boleh menyembuhkan dan kita tidak boleh TIDAK AMBIL TAHU yang akhirnya akan merosakkan terus kedua buah pinggang kita..

Ada 2 faktor yang menyebabkan Nephrotic Syndrome @ penapis buah pinggang bocor ni :


  • Diabetis
  • Tekanan Darah Tinggi @ Hypertension

Simptom-simptom yang menunjukkan kita menghadapi masalah Nephrotic Syndrome:


  • Bengkak di sekitar mata, kaki dan pergelangan kaki. 
  • Letih
  • Naik Berat Badan ( kerana pengumpulan cecair dalam badan)
  • Air kencing Berbuih
  • Hilang selera makan

Cara Doktor Diagnos Masalah Nephrotic Syndrome :


  • Urin Test : untuk ukur jumlah protein dalam urin
  • Blood Test : untuk ukur jumlah protein, kolestrol dan glukose(gula) dalam darah
  • Ultrasound : untuk tengok keadaan buah pinggang


Untuk elakkan masalah Nephrotic Syndrome ini, anda perlu menjaga pemakanan dan anda kena patuhi apa yang doktor akan sarankan iaitu:


  • kurangkan pengambilan garam dan gula.
  • pilih makanan yang rendah kolestrol untuk menghalang dan mengurangkan masalah kolestrol tinggi.
  • jaga kelembapan kulit anda. Nephrotic Syndrome akan menyebabkan kulit akan menjadi kering dan mudah pecah. Ini akan menyebabkan jangkitan kuman pada kulit.

Sumber : www.webmd.com

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge