Cara Mudah Pilih Vitamin C yang Terbaik

Sharing is caring!

Terdapat banyak Vitamin C pelbagai jenama di pasaran. Yang berbeza tentulah HARGA, KUALITI dan KUANTITI. MAcam mana nak pilih Vitamin C yang berkualiti dan sepadan dengan harganya?


Apa fungsi vitamin C? Adakah badan kita perlukan Vitamin C setiap hari? 


Sebenarnya, Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai fungsi yang penting kepada badan kita iaitu, ANTIOKSIDAN. Ia juga penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi dan tulang.

Kenapa kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari?

Ini kerana, badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C. Sebab itulah, kita perlu mengambil sumber vitamin C sama ada melalui pemakanan harian dan supplemen. Adakah kita dah ambil Vitamin C yang cukup hari ni?
Keistimewaan Shaklee
  • Sustained Release Vita-C Plus adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
  • Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
  • Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

“Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam badan kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah selama 24 jam.”


Fungsi Vitamin C kepada Badan Kita


Apakah fungsi vitamin C kepada badan kita?

  • Membentuk Kolagen – Vitamin C merangsang pembentukan kolagen. Sekiranya vitamin C harian adalah mencukupi, kolagen dalam badan kita akan mampu menghindari kedutan dan menghalang otot daripada lembik.
  • Membaiki Simptom Pendarahan – kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang agak lambat, kulit kering, ruam dan kulit menjadi kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun – Vitamin C membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi (iron), membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, kukuhkan sistem imun, mengurangkan alergi hidung, kulit dan asthma. Ia juga membantu mengurangkan simptom flu dan selsema.
  • Memerangi Kanser – Vitamin C adalah satu-satunya antioksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel kanser. Ia mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel badan kita.
  • Mencantikkan Kulit – Untuk kulit yang lebih cerah, ambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C mampu melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmen yang menyebabkan JERAGAT.
  • Memperbaiki Insomnia – Vitamin C membantu membaiki insomnia, stress dan juga masalah keresahan.
  • Mengekalkan Kolestrol Sihat – Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah dan skurvi.

Penyebab Vitamin C di Dalam Badan Menyusut


Apakah yang menyebabkan Vitamin C di dalam badan kita menyusut dengan cepat:

  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C
  • Keresahan (anxiety) akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C
  • Kontraseptif dan pil penahan sakit (pain killer) akan menyusutkan Vitamin C dengan banyak


Adakah Vitamin C yang diambil daripada buah cukup untuk keperluan badan kita setiap hari?


Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah- buahan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Buah yang tidak ranum hanya mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.


Oleh itu, kita disarankan untuk mengambil Vitamin C dalam bentuk supplemen. Namun ada juga vitamin C yang mempunyai 1000mg berbanding Vitamin C Shaklee yang mempunyai teknologi Sustained Release dan hanya mempunyai 500mg kandungan Vitamin C.


Badan kita hanya boleh menyerap 100mg vitamin C pada setiap jam. Sekiranya Vitamin C yang diambil adalah 1000mg tanpa ada teknologi pelepasan berkala, maka pengambilan vitamin C jenis 1000mg adalah sia-sia sahaja.


Namun, Vitamin C shaklee yang ada teknologi pelepasan berkala bermakna dalam setiap sejam, sebanyak 100mg vitamin C akan dilepaskan dalam badan kita. Ini bermakna, selama 5 jam, badan kita akan menerima kandungan VItamin C yang tetap.


Adakah anda mengambil Vitamin C yang mempunyai teknologi pelepasan berkala di dalam badan? Rugi lah jika tidak.. Lagipun vitamin C shaklee sangat murah dan kesan nya memang sangat superb!! Nanti saya kongsi kan Testimoni dalam Next ENtry pelanggan-pelanggan setia yang menggunakan Vitamin C shaklee. Konpem uolls nak try jugak!!

Untuk dapatkan Vitamin C shaklee atau produk Shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya; pengedar Shaklee Shah Alam –  Jalan Kebun:


ID : 921943
SMS / WhatsApp : 017 975 2684
COD Area : Shah Alam, Jalan Kebun, Kota Kemuning, Johan Setia, Bandar Putera 2, Bukit RImau, Kampung Lombong, Bandar RImbayu.


Penghantaran seluruh Malaysia boleh diuruskan dengan perkhidmatan Poslaju dan GDex.


atau anda boleh membuat pembelian secara online melalui website Shaklee dengan menekan icon di bawah



Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge