Senarai Nama Abam / Akak Runner Based Shah Alam (KL pun boleh)

Sharing is caring!

Terima kasih abam-abam runner, kakak-kakak runner yang memudahkan urusan kami. Merekalah runner yang sentiasa berusaha untuk memudahkan urusan kita semua. Berpanas, berhujan, berembun, menyelit di antara kereta. Memang kalau kite pun tak sanggup kan. Ni saya sertakan Senarai Nama Abam / Akak Runner di Shah Alam.


senarai-nama-runner-shah alam

Apa kah tugas runner yang sebenarnya?



Tugas runner ni sebenarnya untuk memudahkan urusan orang lain. Contohnya:

1. Belikan makanan, barang dapur sebab kita takde transport nak keluar. Atau pun sebab kita (kaum ibu) payah nak keluar  nak angkut anak-anak kecik lagi.




2. Belikan Makanan yang kita mengidam atau makanan yang perlukan kita beratur panjang. Kalau macam saya ni tengok orang beratur panjang nak beli makanan, konpem dah tak beli terus. Malas ler nak beratur lama-lama. Macam kuih keria antarabangsa tu, nasik ganja kat seksyen 11. Ooo…idok le ambe nak beratur.. Ni la kadang-kadang runner amek job untuk belikan makanan tu.






3. Hantar barang yang diperlukan secara urgent. Macam kita pos surat. Paling cepat esoknya baru sampai.. Kalau tak, lusa ataupun tulat. Kalau surat tu nak urgent jugak hari tu, terpaksa lah kita gunakan khidmat runner. Ye dak? 






4. Hantar surprise gift / birthday kek/ anniversary kat kawan/ suami/ atau anak. Ni semua boleh arrange kan dengan runner. Mintak tolong runner belikan kek atau belon atau kad. Dan hantar pada si empunya badan. Best kan?






5. Nak mintak runner tolong bayarkan saman / renew lesen /  roadtax pun.





Dan banyak lagi la.. Yang penting tanya runner dulu. Dan upahnya mestilah berbaloi kan.

Duit minyak lagi, masa lagi, nak beratur lagi…Penat lagi…hehehe..

Tak semestinya semua kerja yang nak di runner kan ni di area Shah Alam Sahaja. 
Luar kawasan macam KL, ke KLANG  pun boleh.. Lembah Klang la kiranya. Tapi area Seremban pun boleh.. 

Jom…moh guna runner kalau Malas sangat..hehe



Senarai Nama Abam /  Akak Runner Shah ALam 


senarai nama runner shah alam

senarai nama runner shah alam

Senarai Runner ni diperoleh daripada Shah Alam Residen (Tak Suka Ban Orang) NGO Shah Alam Residen Brotherhood And Neighbourhood (SARBAN,PPM-014-10-12062015) aka SARBAN adalah group KOMUNITI SHAH ALAM.

Jangan la pulak upah 5 hinggit.. Biarlah berpatutan dengan kudrat mereka, masa, dan penat mereka.. 


Upah bukan Seikhlas Hati tapi ikut apa yang dieorang dah bagi.. Kalau rasa mahal, boleh try buat sendiri lah…Hihihi..

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge