DOWNLOAD : Checklist Untuk Suami Ketika Isteri Dalam Pantang

Sharing is caring!

Semakin ramai isteri berpantang sendiri, tanpa mak atau mertua yang tolong jaga. Tapi masa inilah suami memainkan peranan paling penting untuk mengelakkan isteri daripada meroyan atau dapat memulihkan keadaan badan seperti sedia kala. Bukannya isteri tidak mahu berpantang kat kampung, tapi kebanyakkan kerana banyak keadaan yang tidak mengizinkan.

 

 

Salah satunya isteri berpantang di rumah sendiri kerana:

  1. Mak / mertua sudah tidak larat untuk menjaga isteri yang dalam pantang. (malas nak susahkan mak/mertua)
  2. Ada anak yang dah bersekolah. Senang nak pantau anak pergi / balik sekolah.
  3. Tiada orang yang boleh membawa isteri dan bayi baru lahir ke klinik sekiranya ada jaundis (kuning).

 

Ini baru sebahagiannya lah. Macam saya pun, berpantang kat rumah sendiri sahaja. Mak datang dari kampung cuma tak buat la kerja-kerja berat. Setakat tolong goreng-goreng makanan frozen dan buatkan air kalau ada tetamu yang datang masa dalam pantang. Biasanya, makanan saya semasa dalam pantang pun suami yang masakkan. Setakat ikan bakar, sayur air dan masak nasik, bukannnya susah pun. Makan tengahari dan makan malam untuk anak-anak dan mak pun biasanya suami yang masakkan.

 

 

Tapi ada sesetengah suami, bila isteri dalam pantang, kadang-kadang terus jadi blur nak buat apa. Sampaikan setiap benda yang kena buat, isteri kena bagitahu. Kadang kena buat list siap-siap. Almaklumlah, isteri bersalin 3 tahun sekali. Lupa dah apa yang nak kena buat dalam masa awal-awal isteri berpantang tu.

 

2 minggu yang pertama semasa isteri berpantang tu, suami perlulah mengambil tugas isteri yang selalu isteri tu buat. Sangat penting. Sebab masa itu, isteri sangat-sangat letih selepas bertarung nyawa melahirkan zuriat kita kan. Isteri ni bukannya lembik. Kadang dia nak rasa tanggungjawab dan pengorbanan seorang suami setelah melahirkan anak kita. Takkan 2 minggu pertama tu tak boleh nak berkorban kan?

 

Suami Wajib BUAT :

 

  • Mandikan baby
  • Basuh baju(masuk dalam mesin) + basuh manual (baju baby)

  • Sidai kain
  • Kemas rumah
  • Sediakan breakfast untuk isteri dan anak-anak
  • Masak lauk pantang untuk isteri
  • Masak makanan untuk anak-anak lain
  • Sediakan air mandian untuk isteri dan baby (kalau dalam toilet ada pemanas air lagi senang)
  • Urut badan dan kaki isteri
  • Tukar lampin baby.
  • Sediakan vitamin untuk isteri dalam pantang atau jamu yang tidak menyebabkan jaundis baby semakin naik.
  • Masak lagi sekali untuk makan malam isteri (ikan bakar)
  • Siapkan makan malam untuk anak-anak

 

And the list goes on..

 

Tu baru sebahagian je tu. Tak masuk lagi bab kena panggil tukang urut untuk isteri ketika dalam pantang. Tak masuk lagi nak bawak isteri pergi klinik untuk check jaundis. Tak masuk lagi bab nak kena sediakan apa -apa makanan minuman kalau tetamu datang. Jangan lupa nurse pun akan datang ke rumah untuk check keadaan isteri dan baby. Jangan la time nurse datang melawat, rumah bersepah dengan mainan anak-anak pulak.

 

Ha…panjang kan. Kalau isteri nak kena sentiasa bagitau apa yang nak kena buat, lepas ni buat apa, lepas tu buat apa. Kesian la isteri. Suami kena sentiasa alert. Nampak letih kan? Takde pun masa suami nak rehat. Macam tu lah keadaan seorang isteri yang berstatus surirumah kat rumah buat seharian. Memang takde rehat pun kadang-kadang.

 

Ok ini saya sediakan check list untuk senangkan tugas suami ketika isteri dalam pantang. Boleh download pdf dan tambah lagi apa-apa yang diperlukan dalam senarai.

 

Mommy boleh edit dan tambah mengikut kesesuaian. COntohnya:

 

  • iron baju sekolah anak
  • check buku sekolah anak
  • lipat kain baju

 

Semoga mommy dapat berpantang dengan tenang dengan adanya checklist untuk suami buat ketika mommy dalam pantang.

 

Dan juga, untuk pastikan kesihatan mommy kembali seperti biasa dan susu badan banyak, boleh dapatkan vitamin semasa pantang. Boleh hubungi saya:

 

Hanim Ismail

SMS / WhatsApp: 017 975 2684

 

Checklist-untuk-suami-ketika-isteri-pantang (pdf)

 

 

 

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge