Tips Untuk Guna Dryer di Kedai Dobi Self Service

Sharing is caring!

Sejak kebelakangan ni, ada beberapa kejadian di mana kedai dobi self service yang meletup semasa digunakan. Sedihnya, bila ia melibatkan kemalangan jiwa dan mangsa meninggal.

Namun, ia mungkin berpunca daripada pengguna itu sendiri. Kita perlu sentiasa check satu persatu baju atau kain yang kita masukkan di dalam dryer.

Seperti yang kita tahu, dryer adalam mesin yang digunakan untuk mengeringkan kain. Di dalam nya adalah berdinding besi dan sangat panas.

Saya sertakan tips untuk menggunakan dryer di kedai dobi self service.

1. Pastikan baju atau seluar yang dimasukkan dalam dryer bukan jenis yang boleh terbakar. Contoh : track suit yang jenis kain plastik.

2. Kain, baju, jubah dan tudung jenis lycra yang boleh juga berlubang sekiranya dimasukkan dalam dryer. Macam berlubang kena iron la gtu. Ingat ye. (Pernah berlaku kes ini, mujur tak meletup).

3. Kain baju jenis jersey pun agak bahaya sebab jenis kain yang mudah terbakar sebab dalam mesin dryer tu kan besi, panas pulak tu. Kain jenis jersey getah tu boleh melecur bila kena dinding dalam dryer.

Sejak kes kedai dobi meletup kat Bandar Putera 2, saya agak risau pulak nak pergi keringkan baju kat kedai dobi. Almaklumlah, musim huja n baju pulak tak kering.

Kes ragut la, baju yang dalam dryer pun boleh ada orang curi.

Risau kan?

Jangan lupa, sebelum masukkan kain dalam dryer cek satu persatu kain baju seluar yang anda masukkan ye.

Sharing is caring!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge